Anak saudara PM Singapura bayar denda

SINGAPURA, 11 OGOS – Cucu pengasas Singapura Lee Kuan Yew dan anak saudara perdana menteri, hari ini mengatakan dia akan membayar denda kerana kritikan menerusi Facebook yang menghina sistem kehakiman negara itu.

Li Shengwu, seorang ahli akademik berpangkalan di Universiti Harvard, Amerika Syarikat diarah membayar denda berjumlah S$15,000 atau dihukum penjara seminggu oleh Mahkamah Tinggi bulan lalu atas kritikan pada 2017 yang menurutnya sistem kehakiman ‘cenderung melakukan tindakan guaman dan mudah terpengaruh.’

Menurutnya, dia akan membayar denda bagi ‘mendapatkan ketenangan dan ketenteraman’ serta mengelak alasan untuk kerajaan menyerangnya dan keluarganya, namun tidak akan mengaku bersalah.’ – AFP