Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Anak Shuib menangis, rindu arwah ibu

    Rindu yang tiada penghujung. Meskipun lebih lima bulan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi meninggalkan kita, kehilangannya masih dirasai terutama bagi Shuib dan anak-anaknya.

    Terbaharu, video Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memujuk anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahara, 9, ketika menziarahi pusara Siti Sarah mengundang sebak ramai.

    Rata-rata turut bersedih dan bersimpati melihat kanak-kanak itu menangis dan mengesat air mata sambil dipeluk Shuib.

    “Rindu yang tiada penghujung. Moga adik tabah, sentiasa doakan untuk ibu di sana.

    “Sakitnya rindu pada insan yang telah pergi.

    Shahmira Muhamad memujuk anak perempuannya, Dzahira Talita Zahara, 9, ketika menziarahi pusara Siti Sarah. – Agensi

    Semoga Allah sentiasa merahmati kalian anak-anak,” tulis beberapa warganet.

    Sementara itu di Instastory, Shuib turut berkongsi rakaman perbualan dengan anak ketiganya, Ariq Matin yang berusia tujuh tahun.

    “Nanti kalau daddy dah mati, Matin pergi kubur daddy hari-hari ke?” tanya Shuib.

    Pertanyaan spontan itu dijawab Matin dengan mengatakan yang dia akan sentiasa teringat-ingat jika bapanya itu sudah tiada nanti.

    “Matin akan teringat, akan rindu daddy,” jawab Matin.

    Siti Sarah meninggal dunia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur pada 9 Ogos tahun lalu akibat COVID-19.

    Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan anak damit lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

    Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...