Anak singa putih disisihkan ibu

GUILLENA, ESPANA, 11 JUN – Namanya ialah White King, dia berusia 10 hari dan zoo berkata dia ialah ‘beruang teddy’ sebenar. Namun singa betina yang melahirkannya menyisihnya selepas satu kelahiran traumatik.

Dilahirkan pada 31 Mei, anak singa itu ialah singa putih pertama yang lahir di zoo Sepanyol.

Berlingkar dalam tangan Juan Luis Malpartida, pengarah zoo Mundo Park berhampiran bandar selatan Seville, dia diberi sebotol susu untuk diminum.

“Ia adalah kelahiran yang teruk,” beritahunya kepada AFP, menambah ibu, seekor singa putih yang dibawa dari Thailand empat tahun lalu telah ‘mengalami kesakitan selama 14 atau 15 hari sebelum melahirkan anaknya.’

White King ialah seekor anak singa yang besar apabila lahir.

Dalam tiga hari pertama, dia tidak makan dan selepas menyedari ibunya ‘tidak menghiraunya,’ mereka mengeluarkannya dari perkarangan zoo, kekurangan air dan menderita daripada ‘hipotermia dan hipoglisemia.’

Semalam, perubahan yang berlaku adalah ketara.

“Ia adalah hari pertama ia cuba berlari,” katanya.

White King akan menjadi satu tarikan terbesar apabila zoo ini, yang mempunyai 3,000 haiwan, dibuka semula hari ini berikutan penutupan tiga bulan disebabkan wabak koronavirus.

Untuk sekarang, kakitangan Mundo Park akan menjaganya. – AFP

White King, anak singa putih pertama dilahirkan di Sepanyol, diberi susu botol di Taman Simpanan Guillena di Sevilla pada 10 Jun 2020. – AFP