Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Anak sulung Najib sah bertanding PRU ke-15

    KUANTAN, 2 NOV – Anak sulung bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar sah akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas beliau diumumkan sebagai antara 25 calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang. 

    Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan Mohamad Nizar yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Pekan sebagai calon DUN Peramu Jaya, satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan. 

    Penyandang DUN Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali) pula telah diumumkan sebagai calon BN untuk Parlimen Pekan, yang sebelum ini disandang Najib. 

    Turut menjadi calon muka baharu BN ialah Setiausaha Akbar Menteri Besar Pahang yang juga pernah menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, iaitu Fadzli Mohamad Kamal yang akan bertanding di DUN Dong. – Bernama

    Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kanan) dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) melaungkan kata-kata semangat pada Majlis Pengumuman Calon-calon BN Pahang bagi Pilihan Raya Umum ke-15 kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...