Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Anak tempatan diharap tampil isi kekosongan pekerjaan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Akibat gelombang penularan COVID-19 di negara ini, ramai pekerja asing telah pulang ke negara asal mereka yang menyebabkan kekurangan pekerja.

    Hal ini bukan sahaja terjadi di negara ini namun turut menjejaskan negara-negara lain di seluruh dunia, oleh itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku wakil Yang Berhormat Menteri Kesihatan menasihatkan agar anak tempatan tampil ke hadapan bagi mengisikan kekosongan pekerjaan tersebut.

    Walau bagaimanapun, tambah beliau semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini, tidak menafikan bahawa kemungkinan sesetengah pekerja tempatan ada yang belum bersedia untuk mengisi kekosongan pekerjaan tersebut memandangkan penularan COVID-19 pada ketika ini.

    Menurut beliau, JobCentre Brunei bekerjasama dengan beberapa agensi bagi melonggarkan buat sementara waktu pengambilan dan penggunaan warga asing di negara ini untuk mengisikan kekosongan kerja yang diperlukan tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...