Anak tidak sengaja tertembak ibu sendiri

ULAN BATOR, 10 JULAI – Seorang wanita berusia 39 tahun secara tidak sengaja ditembak oleh anak lelakinya yang berusia 7 tahun di barat Mongolia, kata polis tempatan hari ini.

Kejadian itu berlaku di wilayah Govi-Altai semalam, menurut jabatan polis wilayah.

Siasatan awal mendorong penyiasat mempercayai bahawa budak lelaki berusia 7 tahun itu tidak sengaja menembak dan membunuh ibunya, kata jabatan polis, menambah adik perempuan budak lelaki yang berusia 5 tahun cedera parah dalam kejadian tersebut. – Xinhua