Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak yatim diberi perhatian

    Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

     

    TEMBURONG, 29 Mei – Seramai 218 orang anak yatim di Daerah Temburong telah menerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong yang berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud selaku penasihat Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong.

    Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim selaku pengerusi Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong; ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, para penghulu mukim dan ketua ketua kampung, ketua-ketua cawangan, ahli-ahli Jawatankuasa Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong sesi 2017-2019, anak-anak yatim yang diraikan bersama penjaga dan para dermawan.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Utama Mohd Salleh Pekan Bangar, Haji Safrilah bin Haji Ahmad.

    Pegawai Daerah Temburong menyampaikan sumbangan kepada seramai 218 orang anak-anak yatim Daerah Temburong yang berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar.

    Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat.

    Majlis juga menyaksikan penyampaian sumbangan derma kepada Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong daripada para penderma.

    Dengan adanya sumbangan derma berkenaan diharap akan dapat meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa menyambut bulan Syawal nanti.

    Anak-anak yatim juga diseru akan dapat membelanjakan duit berkenaan dengan sebaiknya sekali gus dapat menabung bagi kegunaan pada masa hadapan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda