Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Anak yatim, golongan kurang berkemampuan dipeduli

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Lebih 200 orang anak yatim yang tinggal di Mukim Sengkurong dan le-bih 50 orang kurang berkemampuan dari Kampung Jerudong menerima sumbangan pada Majlis Penyam paian Derma Anak-anak Yatim dan Kurang Berkemampuan anjuran Majis Perundingan Kampung Jerudong B (MPKJB) bersama Kumpulan YMRM dan Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN) yang berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud yang juga menyempurnakan penyampaian derma.  

    Turut hadir ialah bakal Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri dan Pengurus Kumpulan YMRM, Ramesh Jiwatram Bhawnani yang juga menyampaikan sumbangan berupa kain dan makanan (tapau) secara pandu lalu.

    Majlis juga diisikan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah telah dipimpin oleh ketua imam Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam sebelum majlis berbuka puasa.

    Majlis juga bertujuan untuk membantu anak-anak yatim dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri serta meraih pahala dan ganjaran di bulan Ramadan yang mulia ini.

    TYT Alok Amitabh Dimri turut menyampaikan sumbangan kepada penerima secara pandu lalu di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.
    Pengiran Mohammad Amirrizal menyerahkan sumbangan kepada penerima secara pandu lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...