Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Anak yatim JBP tidak dilupakan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Persatuan ASBAB dan E Dagang Saha yang terdiri daripada mantan-mantan pegawai dan anggota bomba, baru-baru ini, mengadakan majlis membaca tahlil dan Doa Arwah khusus bagi pegawai dan anggota bomba yang telah kembali ke rahmatullah.

    Majlis berkenaan diteruskan dengan penyampaian derma anak-anak yatim bagi warga Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) yang berlangsung di kediaman mantan SFR Pengiran Haji Othman bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

    Derma telah disampaikan oleh mantan CFO Haji Wan Ramlee bin Wan Ibrahim kepada Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi F SFR Haji Nordin bin Haji Buntan selaku wakil JBP.

    Dengan adanya sumbangan seumpama itu, ia diharap dapat membantu anak-anak yatim JBP dalam sama-sama menyediakan keperluan semasa di bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

    JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Marsyal Bomba dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.

    Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Haji Wan Ramlee menyerahkan sumbangan kepada SFR Haji Nordin selaku wakil JBP. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -