Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Seramai enam orang anak yatim dari Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB), hari ini, menerima sumbangan untuk persiapan Hari Raya nanti.
Penyampaian derma pada majlis yang berlangsung di Dewan TASKA YSHHB itu telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Urusan 3 Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa. Turut hadir menyaksikan penyampaian sumbangan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd Mosbi. Majlis tersebut juga telah diteruskan dengan Majlis Tahlil.