Anak yatim warga UNISSA terima derma

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Majlis Penyerahan Derma Anak Yatim bagi Warga UNISSA, kelmarin.

Aktiviti berkebajikan tahunan UNISSA ini merupakan antara beberapa program bagi menyemarakkan bulan Ramadan di samping Majlis Khatam Al-Quran secara online dan Sambutan Nuzul Al-Quran.

Seramai 41 orang anak yatim warga UNISSA menerima sumbangan melalui kaedah pandu lalu bagi menghindari penularan wabak COVID-19, sejajar dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Turut hadir ialah Dekan Pelajar selaku Pengerusi Majlis Program Ihya Ramadan UNISSA, Dr Supri bin Haji Sudin.

Dr Haji Norarfan semasa menyampaikan sumbangan kepada keluarga anak-anak yatim warga UNISSA. – Gambar serahan UNISSA