Anak Zidane berhijrah ke Lausanne
PARIS, 1 Jan – Anak Zinedine Zidane, Enzo mencapai persetujuan untuk menyertai kelab Switzerland, Lausanne daripada Alaves, umum kelab Sepanyol itu tadi. Perancang tengah berusia 22 tahun itu hanya membuat dua penampilan bersama Alaves sejak menyertai pasukan itu pada Julai lalu. Dia sebelum ini pernah mewakili Castilla iaitu pasukan Real Madrid B selama tiga tahun.


































