Analog Devices setuju beli Maxim Integrated

NEW YORK, 13 JULAI – Firma semikonduktor Amerika, Analog Devices telah bersetuju untuk membeli pesaing Maxim Integrated dalam transaksi semua saham bernilai AS$20.91 bilion, umum syarikat itu hari ini.

Pembelian itu salah satu perjanjian terbesar tahun ini akan mewujudkan perusahaan dengan nilai gabungan berjumlah AS$68 bilion dengan anggaran hasil pendapatan sekitar AS$8.2 bilion.

“Kekuatan Maxim dalam pasaran pusat data dan automotif, digabung dengan kekukuhan ADI di seluruh pasaran luar industri, komunikasi dan penjagaan kesihatan digital yang saling melengkapi,” menurut kenyataan itu.

Di bawah syarat perjanjian itu, Maxim akan menerima 0.63 saham ADI bagi setiap sahamnya, memberikan pemegang sahamnya 31 peratus pemilikan dari syarikat yang digabungkan. – AFP