Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Anang Hermansyah belanja RM30,000, jalani kuarantin di hotel mewah

    Menjalani proses kuarantin selepas pulang dari luar negara, penyanyi Anang Hermansyah membelanjakan hampir RM30,000 untuk bayaran hotel.

    Mereka menjalani kuarantin selama 12 hari termasuk anak dan menantunya iaitu Aurel dan Atta Halilintar serta rombongan yang turut ke luar negara.

    Menurut laporan Detikhot, seorang pekerja hotel memberitahu mereka juga perlu memenuhi banyak permintaan Aurel.

    “Dia kan sedang hamil, sering memesan makanan. Kami penuhi segala permintaannya.

    “Kerana jumlah mereka ramai, mereka mohon untuk tinggal di aras yang sama. Di situ ada ruang makan dan ruang tamu untuk mereka.

    “Disebabkan mereka menempah satu aras, jadi jumlahnya lebih kurang Rp100 juta,” ujar pekerja hotel.

    Sepanjang tempoh kuarantin mereka masih melakukan aktiviti bersama seperti bersenam dan membuat video. -Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...