Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ANC Afrika Selatan dahului undian

    PRETORIA, 9 Mei – Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) Afrika Selatan mendahului keputusan awal hari ini dengan 55 peratus undi dalam ujian pemilihan Presiden Cyril Ramaphosa yang pertama untuk menghidupkan semula parti pemerintah.

    Dengan lebih kurang satu perlima daerah mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya meletakkan Kongres Kebangsaan Afrika di hadapan, dengan pesaing paling dekatnya iaitu Perikatan Demokratik dengan hanya jarak 26 peratus.

    Pejuang Kebebasan Ekonomi, ditubuhkan enam tahun lalu oleh bekas ketua ANC, Julius Malema pula meraih lapan peratus.

    Ramaphosa, 66, mengambil alih tahun lalu selepas ANC memaksa presiden Jacob Zuma untuk meletak jawatan selepas sembilan tahun berdepan dengan tuduhan rasuah dan masalah ekonomi.

    Parti yang memenangi kerusi paling banyak di parlimen memilih presiden negara, yang akan berikrar pada 25 Mei ini.

    Presiden Afrika Selatan dan Kongres Kebangsaan Afrika Cyril Ramaphosa (tengah) mengalu-alukan seorang pengundi ketika dia tiba untuk mengundi bagi pemilihan umum di Sekolah Rendah Hitekani, Chiawelo, Soweto, pada 8 Mei 2019. – AFP

    “Keputusan pilihan raya ini akan menjadi rangsangan utama bagi pelabur… dan keyakinan pelabur, ia tentang keyakinan dan masa depan,” kata Ramaphosa selepas mengundi kelmarin.

    Reputasi ANC berada dalam keadaan teruk semasa pemerintahan Zuma.

    “Kami memohon maaf atas kesilapan kami.”

    Kebanyakan tinjauan pendapat mencadangkan ANC akan menjamin hampir 60 peratus undi. Dirk Coetzee, seorang profesor di jabatan sains politik UNISA, berkata “semakin tinggi peratusan bagi ANC, semakin banyaknya ia akan memberi (Ramaphosa) kuasa tawar-menawar”.

    “Jika Ramaphosa berada di bawah 50 peratus, dia berhadapan cabaran,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda