Ancaman belalang juta jejas sumber pendapatan

NAIROBI, KENYA – Bunyi bising kunyahan belalang juta kedengaran hampir setiap tempat. Ledakan terburuk daripada serangga pelahap di Kenya dalam 70 tahun jauh daripada berakhir, dan sekarang generasi baharunya sedang dalam tempoh penumbuhan sayap untuk bersedia terbang.

Mata pencarian jutaan orang yang terdedah di Afrika Timur dalam pertaruhan, dan orang seperti Boris Polo sedang berusaha untuk mengehadkan kesannya. Ahli logistik dari firma helikopter sedang dalam kontrak dengan Organisasi Pertanian dan Makanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, membantu untuk mencari dan menandakan kawanan belalang juta untuk disemburkan racun perosak yang dikatakan hanya pilihan pengawalan yang efektif.

“Bunyinya agak menggerunkan kerana tidak terdapat cara lain untuk membunuh kesemuanya memandangkan kawasan yang sangat luas,” dia memberitahu The Associated Press dari ladang di utara barat Kenya pada Khamis.

“Tetapi kunci utama projek ini adalah untuk mengurangkan kerosakan dan kerja tersebut sememangnya berkesan,” ujarnya.

Untuk beberapa bulan, sebahagian besar Timur Afrika telah terperangkap dalam kitaran pemandangan tanpa pengakhiran di mana jutaan kawanan belalang menjadi bilion, memakan daun-daun tanaman dan rumput-rumput bagi makanan ternakan yang begitu penting untuk banyak keluarga.

Kawanan belalang juta pada permukaan tanah di selatan bandar Lodwar di daerah Turkana utara Kenya pada 23Jun lalu. – AP
Ledakan terburuk daripada serangga pelahap di Kenya dalam 70 tahun jauh daripada berakhir, dan sekarang generasi baharunya sedang dalam tempoh penumbuhan sayap untuk bersedia terbang. – AP

“Risiko daripada impak tersebut bagi tanaman dan padang gembala adalah tinggi,” kongsi IGAD Climate Prediction & Applications Center serantau berkata pada Rabu lalu dalam satu kenyataan.

Untuk sekarang, belalang juta muda kuning menutupi tanah dan batang-batang pokok seperti karpet menggerenyet, kadang-kadang bergerak bersama debu seperti butiran pasir bersaiz gergasi.

Dalam beberapa minggu kebelakangan, Polo menyatakan belalang juta tersebut telah berubah daripada lelompat kepada kawanan belalang juta matang yang mampu terbang dan dijangka dalam beberapa minggu lagi akan terbang untuk jarak jauh, menghasilkan kawanan belalang juta yang besar yang boleh menutup horizon. Satu kawanan belalang juta boleh jadi sebesar sebuah bandar. Apabila berada di udara, belalang juta tersebut lebih sukar untuk dikawal, mampu terbang sejauh 200km sehari.

Ia akan mengikuti angin yang lazim bertiup. Jadi ia akan mula memasuki Sudan, Ethiopia dan akhirnya ke Somalia,” jelas Polo dan menambah setelah itu angin akan berubah dan mana-mana baki kawanan belalang juta yang tinggal akan kembali ke Kenya.

“Menjelang Februari dan Mac tahun depan, ia akan bertelur di Kenya lagi,” katanya. Generasi seterusnya boleh menjadi 20 kali ganda saiznya berbanding sebelumnya.

“Masalahnya, hanya Kenya dan Ethiopia melakukan kerja pengawalan racun perosak. “Tempat-tempat seperti Sudan, Sudan Selatan, terutamanya Somalia, tiada jalan lain, orang-orang tidak dapat pergi ke sana disebabkan isu yang dihadapi negara-negara tersebut,” jelas Polo.

“Kapasiti kewangan yang terhad daripada negara-negara terjejas dan sekatan pergerakan disebabkan pandemik koronavirus menjadikan usaha pengawalan terhalang. Tambahan, konflik ketenteraan di Somalia menjadikan sesetengah kawasan pembiakan tidak dapat diakses,” kongsi pakar ICPAC Abubakr Salih Babiker dan teman sekerjanya dalam tulisan yang diterbitkan jurnal Nature Climate Change.

Dengan lebih banyak keragaman iklim ekstrem boleh meningkatkan kemungkinan besar penularan dan wabak perosak, mereka memerlukan sistem amaran awal yang lebih baik untuk wilayah tersebut dan menggesa negara-negara membangun untuk membantu.

Bank Dunia awal tahun ini mengumumkan sebuah program AS$500 juta untuk negara-negara yang terkesan oleh kawanan belalang juta padang pasir yang bersejarah, sementara FAO telah mengumpulkan lebih daripada AS$300 juta.

Semburan racun perosak di Kenya telah membuahkan hasil. Terdapat penurunan mendadak daripada gelombang pertama belalang juta dan beberapa negara yang telah menyaksikan kawanan belalang juta yang besar dan pelbagai, sekarang melaporkan hampir tiada lagi. Tempat-tempat yang mengalami gelombang kedua merupakan tempat yang jauh daripada pusat-pusat kawalan, kongsi Kenneth Mwangi, juruanalisis informasi satelit ICPAC.

Ia lebih mencabar di Ethiopia, di mana walaupun dengan penyemburan, kawanan belalang juta baharu datang dari Somalia dan beberapa bahagian di utara Kenya. “Malangnya, kedua-dua gelombang telah menemui tanaman di ladang,” ujar Mwangi.

Tetapi tanpa kerja pengawalan, ujar Polo, kawanan belalang juta yang luar biasa berkenaan akan menjadi lebih besar. Dia dan rakan sekerjanya menyasarkan belalang juta pada waktu pagi sebelum mereka meninggalkan tempat tenggeran dan mula terbang sewaktu hari panas. Langkah tersebut telah dilaksanakan sejak Mac. – AP