Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ancaman kolera di kem Rohingya meningkat

    COX’S BAZAR, Bangladesh, 25 Sept – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran hari ini ke atas meningkatnya risiko kolera di kem-kem buatan sendiri pelarian di Bangladesh di mana lebih daripada 435,000 komuniti Islam Rohingya mendapatkan perlindungan dari pergolakan di Myanmar.

    Sebulan selepas penghijrahan itu bermula, orang-orang yang berpecah di beberapa 68 kem dan penempatan di sepanjang sempadan tidak memiliki kemudahan air bersih, menurut WHO.

    Kem-kem itu juga berdepan kekurangan teruk dalam makanan dan perubatan dalam apa yang telah secara pantas menjadi salah satu penempatan pelarian terbesar di dunia.

    “Risiko penyakit bawaan air adalah tinggi, terutama terdapat risiko tinggi terhadap kolera dan inilah kenapa semua orang bimbang,” menurut WHO dalam satu keterangan.

    “Campur tangan telah ditingkatkan, bagaimanapun situasi kekal kritikal dan mencabar.”

    Keadaan di salah sebuah kem Rohingya di Bangladesh. – AFP

    Kemasukan terbaru telah memadatkan kem-kem sekitar Cox’s Bazar yang sebelumnya menempatkan sekurang-kurangnya 300,000 orang yang telah melarikan diri dari kekejaman di negeri Rakhine.

    WHO berkata pusat-pusat perubatan mudah alih telah disediakan, sementara pihak berkuasa kesihatan Bangladesh berkata mereka telah merawat beberapa 4,500 Rohingya dari penyakit cirit-birit dalam masa sebulan dan memvaksin 80,000 kanak-kanak bagi penyakit campak dan polio.

    “Kami mencuba sebaik mungkin untuk berdepan cabaran-cabaran. Namun kami begitu bimbang,” Enayet Hossain, timbalan ketua jabatan perkhidmatan kesihatan Bangladesh memberitahu AFP.

    Jabatan itu berkata bahawa sekurang-kurangnya 10 Rohingya telah mati di Bangladesh sejak kemasukan bermula, kebanyakannya dari kecederaan peluru dan letupan yang mereka alami di Rakhine.

    Dua warga tua lelaki Rohingya mati akibat cirit-birit di sebuah klinik amal seminggu lalu, kata Misbah Uddin Ahmed, pegawai jabatan kesihatan di Ukhia, di mana kebanyakan kem ditempatkan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda