Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ancaman terhadap pasaran avokado di Mexico

    TOCHIMILCO – Para pekebun avokado Tochimilco di sebuah perkampungan kecil di tengah Mexico di kaki gunung berapi Popocatepetl sudah terbiasa dengan ancaman batu dan abu dari gunung berapi tersebut.

    Perkara terakhir yang memberi ancaman kepada mereka ialah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang memarakkan api lagi kepada mereka.

    Tindakan Trump terhadap penutupan sempadan AS-Mexico memberikan ancaman yang terbesar bagi penjual buah avokado apatah lagi sejak gunung ‘Popo’ kembali aktif setelah 25 tahun dalam keadaan ‘tidur’.

    Walaupun ledakan tidak pernah penuh seperti Vesuvian, perkara paling buruk yang boleh berlaku kepada pekebun avokado ialah apabila Mexico kehilangan akses pasaran ke AS, di mana sekitar 80 peratus eksport buah avocado dihantar ke negara tersebut.

    “Apabila kami mendengar Trump bercakap mengenai dinding, untuk menutup sempadan, kita tahu ia akan merosakkan kita,” kata Genaro Ramirez, seorang pekebun avocado veteran di mana kelihatan rambut putih di bawah topi koboinya, sedang berehat untuk menghadiri Pameran Avokado Kampung.

    Pokok avokado memenuhi persekitaran kaki gunung berapi tersebut di mana terdapat sekitar 3,000 penduduk tinggal di kawasan tersebut. – AFP
    Laporan media telah memberi amaran bahawa Amerika Syarikat akan kehabisan buah avokado dalam masa tiga minggu jika Trump meneruskan tindakannya. – Agensi
    Dengan keadaan iklim yang sederhana dan ia dituai sebanyak dua kali setiap tahun, Tochimilco merupakan tempat yang bagus untuk penanaman buah avokado. – AFP

    “Penduduk AS sangat suka produk kami, mereka membeli banyak, apabila kami mengeksport ke AS, mereka membayar kami dalam bentuk dolar dan itu sudah menyumbang bantuan yang besar terhadap ekonomi Mexico,” katanya kepada media AFP.

    Mexico merupakan pengeluar avokado yang terbesar di dunia, hampir dua juta tan pengeluaran pada tahun lepas. Penyelidik mencadangkan projek avokado sememangnya berasal dari negara ini atau lebih dikenali sebagai ‘ahuacatl’ dalam bahasa pribumi Nahuatl membawa erti ingin tahu dan juga boleh bererti ‘testimoni’.

    Sementara itu, pihak AS merupakan pengimport avokado yang terbesar di dunia. Dari roti bakar avokado kepada guacamole Super Bowl, buah hijau ini bukan sahaja berfungsi sebagai makanan tetapi berperanan dalam budaya AS.

    Penduduk Amerika yang menggilai avokado telah diberi makan oleh penyelidik bagi membongkar kelebihan dan manfaat buah avokado terhadap kesihatan, ditambah dengan bekalan yang banyak dan kelonggaran sekatan import ke Mexico sejak beberapa dekad yang lalu.

    Sekitar AS$2 bilion avokado telah dieksport oleh Mexico ke AS setiap tahun malah ia telah dianggap sebagai simbol perdagangan AS dan juga Mexico.

    Kesan-kesan

    Berikutan sekatan tersebut, ia memberikan tekanan khususnya kepada pelanggan avokado di kedua-dua buah negara apabila Trump mengancam untuk menutup sempadan negara itu jika Mexico tidak segera menghentikan isu imigresen di penduduk Mexico memasuki negara itu secara haram.

    Dia telah mengimbas semula ancaman-ancaman dengan mengatakan bahawa dia akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas kenderaan yang diimport dari Mexico jika keadaan sempadan masih tidak baik dalam tempoh satu tahun dan kemudian menutup pintu sempadan jika keadaan sempadan masih lagi gagal.

    Namun ketika ini, keadaan panik terhadap avokado masih lagi berleluasa.

    Laporan media telah memberi amaran bahawa AS akan kehabisan buah avokado dalam masa tiga minggu jika Trump meneruskan tindakan tersebut dan avokado AS telah melonjak 34 peratus lebih mahal baru-baru ini.

    Di tengah-tengah isu tersebut, pelbagai pakar bertanya sama ada untuk mengurangkan keseluruhan perdagangan yang bernilai AS$600 bilion dan pasaran perniagaan AS-Mexico kepada satu buah adalah terlalu mudah.

    Akhbar satirikal, The Onion telah menerbitkan satu artikel yang membincangkan mengenai krisis tersebut.

    “Dengan penuh harapan, ini bermakna akan lebih banyak sumber pekerjaan kepada patriotik buah-buahan AS,” kata salah seorang pewawancara palsu.

    Tetapi di Tochimilco, ancaman daripada Trump bukanlah sesuatu yang boleh ditertawakan.

    “Sekiranya Trump tidak lagi mahu avokado Mexico, kita akan kehilangan banyak wang, banyak pekerjaan akan turut hilang. Apa yang akan dilakukan oleh penduduk untuk bekerja,” kata Donato Amelco, pekebun avokado yang sedang mencuba pelbagai hidangan yang berbeza di pesta avokado tersebut.

    Kek mus avokado, ais krim popsikal, jem

    Festival avokado tersebut merupakan perayaan tahunan yang diraikan dalam pelbagai bentuk, bukan hanya guacamole, akan tetapi juga pelbagai hidangan enak dari buah avokado seperti kek mus avokado, popsicle, ais krim, jem, kuih dan banyak lagi.

    Mengetuai festival tersebut ialah Ratu Avokado, di mana pada tahun ini telah dimenangi oleh wanita muda yang bernama Wendy Galicia.

    Dengan keadaan iklim yang sederhana dan hasil dituai sebanyak dua kali setiap tahun, Tochimilco merupakan tempat yang bagus untuk penanaman buah avokado. Malah industri pertanian ini merupakan batu asas terhadap perkembangan ekonomi tempatan negara tersebut.

    Pokok avokado memenuhi persekitaran kaki gunung berapi tersebut di mana terdapat sekitar 3,000 penduduk tinggal di kawasan tersebut malah kampung tersebut turut dianggap sebagai kampung hijau yang subur dan telah terbina sejak zaman kolonial lagi.

    Kawasan ini juga rumah kepada sekitar 200 ladang avokado berskala kecil. Mereka turut menjual produk mereka kepada perantara, yang membawanya ke pasar-pasar. Kebanyakan buah avokado mungkin kekal di Mexico, walaupun ia dikenali sebagai pengeksport terbesar di dunia, Mexico juga turut menggunakan sekitar 78 peratus buah avokado yang dihasilkannya.

    Namun pekebun di sini tidak akan terlepas daripada kesan penutupan sempadan AS, yang menurut para penganalisis bahawa buah avokado akan berlebihan dan kejatuhan harga buah tersebut dalam pasaran domestik Mexico.

    Penduduk Tochimilco, masih berpegang teguh terhadap budaya dan kepercayaan pribumi mereka, berusaha untuk melihat kesan tersebut dengan perasaan tenang. “Gunung berapi itu tidak pernah menakutkan kami,” kata Juana Analco, seorang lagi pekebun avokado. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda