Ancelotti berang, VAR selamatkan United

LIVERPOOL, 2 MAC – Kecuaian David De Gea hampir memberi padah buat Manchester United namun dibatalkan apabila penjaga gawang Everton, Jordan Pickford juga melakukan kesilapan dengan kedua-dua penjaga gol mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1 kelmarin.

Jaringan liga ke-13 buat Dominic Calvert-Lewin untuk Everton selepas hanya tiga minit perlawanan bermula apabila bola melantun dari kecuaian De Gea sementara Bruno Fernandes terus pamer permulaan yang hebat di United berjaya menjaringkan gol melalui kesilapan Pickford.

Kedua-dua penjaga gol terselamat meskipun perlawanan berakhir dengan seri di mana pemain baharu ditandatangani United pada Januari lalu, Fernandes beraksi dengan baik sebagai pemain pasukan kreatif yang dominan dengan mencetak gol untuk perlawanan ketiga kali berturut-turut dan memaparkan pemain terbaik buat pasukannya.

Tetapi usaha beliau tidak dapat membawa pasukannya memenangi liga berturut-turut.

Sekiranya tidak kerana VAR, United akan menerima kekalahan pada masa tambahan.

Gylfi Sigurdsson yang terjatuh diberikan ofsaid ketika percubaan Calvert-Lewin dibatalkan meskipun terkena Harry Maguire, yang membawa pengurus Everton, Carlo Ancelotti dilayangkan kad merah kerana memprotes pengadil perlawanan Chris Kavanagh setelah wisel penamat.

Everton memanjangkan rekod tanpa kalahnya kepada tujuh perlawanan. Mengakhiri dengan satu mata adalah peluang buat United untuk menutup jurang di kedudukan keempat iaitu Chelsea, yang kini berada di depan dengan tiga mata. – AP

Reaksi pengurus Everton, Carlo Ancelotti, ketika ditunjukkan kad merah oleh pengadil Christopher Kavanagh semasa perlawanan Everton dan Manchester United di Goodison Park di Liverpool, England, kelmarin. – AP