STOCKHOLM, 31 Mei – Jurulatih Sweden, Janne Andersson berharap pencapaian terbaik bagi kerjaya bola sepaknya masih berada di depannya ketika dia bersedia untuk membawa pasukannya ke persaingan Piala Dunia yang akan diadakan di Rusia.
Andersson mengambil alih pasukan kebangsaan selepas perlawanan Euro 2016 yang mengecewakan dan menjelmakan tindakan bijak untuk melayakkan mereka bagi kemunculan pertama dalam Piala Dunia bagi tempoh 12 tahun.
Jurulatih itu, 55, melakarkan kemenangan terkenal ke atas Itali dalam dua perlawanan playoff pada November lalu, kemenangan 1-0 menerusi agregat membawa Sweden ke Rusia dan bermakna pasukan Itali tidak beraksi dalam persaingan Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.
Ia adalah masa yang emosi bagi Andersson yang menghabiskan seluruh kerjayanya di Sweden, bermula sebagai seorang pemain pada tahun 1970an di Alets IK di selatan bandar Halmstad. Dia masih kekal sehingga ke hari ini sebagai penjaring terbanyak kelab itu.
Sebagai seorang jurulatih pada tahun 2005, dia membawa Halmstad BK ke kelayakan persaingan Piala UEFA. Dia kemudian melakarkan kejayaan kendalian di IFK Norrkoping dari tahun 2011 sehingga 2016, memenangi gelaran Sweden pada tahun 2015.

Di bawah kendaliannya, pasukan kebangsaan Sweden berharap untuk meletakkan beberapa kejutan dan boleh pergi jauh di Rusia, walaupun tidak seorang pun menjangka berulangnya kejayaan mereka ke final pada tahun 1958, apabila mereka tewas 5-2 kepada Pele yang beraksi bersama Brazil di gelanggang sendiri.
Sejak itu kejayaan jarang dicapai, walaupun mereka mara ke separuh akhir pada 1994.
Di bawa mantan Andersson, Erik Hamren, Sweden tersingkir dari peringkat kumpulan Euro 2012 dan tewas dalam playoff menentang Portugal untuk tidak beraksi dalam Piala Dunia 2014.
Pada perlawanan Euro 2016, Hamren bergelut utuk membangunkan unit padu sekitar pemain bintang Zlatan Ibrahimovic, dan mereka sekali lagi tersingkir dalam peringkat kumpulan. – AFP