BOURG-DE-PEAGE, Perancis, 10 Mac – Andre Grieple dari Jerman mengatasi pesaingnya untuk memenangi peringkat kelima dalam perlumbaan Paris-Nice di depan Arnaud Demare semalam.
Penunggang Quick-Step dari Perancis, Julian Alaphilippe mengekalkan jersi pendahuluan warna kuning, sehari selepas menyelamatkan kemenangan uji masa di Mont Brouilly, berhampiran Lyon.
Selepas ancaman awal dari kumpulan yang berpisah yang terdiri daripada enam penunggang berkurangan, Greipel menunggu bayangan Demare sebelum membuat pecutan akhir pada laluan terakhir 199.5km dari Quincie-en-Beaujolais menuju Bourg-de-Peage.
“Di Paris-Nice ini, matlamat adalah untuk memenangi satu peringkat dan ia sudah dilakukan. Saya merasa kecewa pada Selasa lalu selepas pecutan saya. Saya marah dengan diri saya,” kata Griepel, yang mengimbas kembali peringkat ketiga yang dimenangi oleh Sam Bennett dari Ireland.
“Saya menunggu selama mana yang mungkin,” tambah penunggang dari Jerman, yang menamatkan di depan Demare dan Dylan Groenewegen dari Belanda untuk mencatatkan kemenangan pertamanya di peringkat Jelajah Dunia tahun ini.

Alaphilippe mengekalkan pendahuluan 33 saat ke atas rakan senegaranya, Tony Gallopin dalam klasifikasi umum tetapi memberi amaran terhadap cabaran yang berada di depan pada hujung minggu.
“Satu lagi perlumbaan bermula sekarang. Setiap tiga peringkat akan memberikan kejutan,” kata Alaphilippe.
“Jika saya perlu menyerang untuk mempertahankan jersi kuning saya, saya akan melakukannya.”
Peringkat keenam hari ini akan membawa penunggang 193.5km dari Aubagne menuju Fayence dan memperkenalkan lima pendakian sebelum laluan singkat, tetapi penyudah pendakian yang tajam. – AFP