Monday, November 4, 2024
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Andreescu mara tanpa bertanding

    BAD HOMBURG, JERMAN, 24 JUN – Bianca Andreescu berjaya mara ke perlawanan akhir pertamanya dalam masa lebih daripada setahun selepas Simona Halep terpaksa menarik diri daripada perlawanan separuh akhir pada Jumaat ini, akibat mengalami kecederaan leher di Terbuka Bad Homburg.

    Dalam perlawanan peringkat akhir pertamanya di dalam gelanggang rumput, Andreescu bakal berdepan dengan Alize Cornet ataupun Carline Garcia pada Sabtu ini.

    “Saya minta maaf kerana terpaksa menarik diri sebelum perlawanan separuh akhir saya bermula hari ini,” tulis Halep menerusi akaun Instagramnya.

    “Tetapi malangnya, leher saya merasa sakit setelah bangun dari tidur dan ia membuatkan saya tidak dapat beraksi dengan prestasi terbaik,” tambahnya.

    Pemain berusia 22 tahun, Andreescu berjaya menewaskan pemain pilihan utama, Daria Kasatkina dengan keputusan 6-4, 6-1 dalam perlawanan suku akhir.

    Kejohanan terakhir yang diraih oleh pemain Kanada itu adalah pada Terbuka AS 2019, apabila dia berjaya menewaskan Serena Williams.

    Manakala itu, perlawanan final kali terakhirnya adalah semasa menentang Ash Barty di Miami April tahun lalu, ketika dia terpaksa menarik diri daripada perlawanan kerana kecederaan buku lali.

    Sementara itu, Andreescu sebelum ini mengambil masa untuk berehat dan berusaha memulihkan kesihatan mentalnya, terlepas perlawanan Terbuka Australia sebelum kembali ke kejohanan Jelajah pada April lalu. – AP

    Aksi Andreecu membalas pukulan semasa bertemu Martina Trevisan semasa perlawanan perseorangan Jelajah WTA di Bad Homburg, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda