Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Andrew Lee menyerlah di Amerika Syarikat

    Ahli silap mata terkemuka Malaysia Andrew Lee membuat penampilan pertamanya dalam rancangan televisyen Amerika Syarikat (AS) Go-Big Show musim kedua pada 13 Januari lepas, dengan melakukan aksi membaling pisau sambil mata tertutup.

    Persembahan ini menyaksikan Lee membaling pisau ke atas papan yang digantung pada leher penyanyi rap AS, T-Pain dengan bantuan penyanyi Nettles yang juga juri rancangan terbitan rangkaian TBS itu bersama pelakon wanita Rosario Dawson dan ahli gusti Cory Rhodes.

    Persembahan oleh ahli silap mata negara itu mendapat perhatian para juri yang membolehkannya menduduki ranking teratas mengatasi pesaing terdekatnya Joe White dengan aksi membaling kapak, sekali gus membolehkan Lee mara ke pusingan seterusnya.

    Lee dalam kenyataan berkata sebelum menerima jemputan sebagai 20 peserta rancangan Go-Big Show, beliau telah melakukan pertunjukan silap mata secara dalam talian berikutan penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan semua pertunjukan secara bersemuka dibatalkan.

    “Saya gembira kerana berjaya melakukan lebih 650 pertunjukan menerusi Zoom dan menjalankan persembahan secara maya untuk menceriakan kakitangan dalam kalangan pelanggan korporat antarabangsa.

    “Dengan persembahan dalam talian, saya kini boleh boleh menikmati kedua-duanya dengan melakukan persembahan sama ada secara bersemuka atau secara maya di mana-mana sahaja melalui studio bergerak saya,” katanya.

    Setelah sekatan perjalanan susulan COVID-19 ditarik balik, Lee sudah mendapat tempahan pertunjukan silap mata untuk beberapa buah kapal persiaran seperti Viking dan Norwegian Cruisers Liners yang memberi peluangnya belajar dari Lautan Pasifik dan Atlantik dan beliau sangat teruja kerana bakat rakyat Malaysia juga diiktiraf di peringkat antarabangsa. – Bernama

    Andrew Lee ialah seorang ahli silap mata terkemuka dari Malaysia yang mana kebolehannya diperkatakan menyerlah di Amerika Syarikat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...