Andrey Rublev julang mahkota pertama

UMAG, 24 Julai – Andrey Rublev meraih gelaran kerjaya pertamanya kelmarin dengan kemenangan 6-4, 6-2 ke atas pemain veteran berusia 35 tahun dari Itali dan pemain pilihan keempat, Paolo Lorenzi di final gelanggang tanah liat Umag.

Rublev, 19, yang telah tewas dalam pusingan kelayakan terakhir hujung minggu lepas, tetapi meraih satu tempat dalam undian utama apabila Borna Coric terpaksa menarik diri kerana cedera.

Pemain nombor 74 dunia itu, yang akan mencapai ranking 50 minggu depan, memanfaatkan peluang yang tidak disangka-sangka itu dengan menewaskan pemain pilihan ketiga dan juara bertahan, Fabio Fognini di suku akhir, kemudian menewaskan pemain harapan tuan rumah, Ivan Dodig di separuh akhir.

“Ia adalah luar biasa. Saya tidak ada kata-kata yang dapat menjelaskannya, terutamanya selepas minggu sukar ini.” – AFP