Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Andrie Bayuaji ditangkap kerana dadah

    Pemain gitar kumpulan Kahitna iaitu Andrie Bayuaji telah ditahan pihak polis kerana penyalahgunaan dadah jenis ubat valdimex diazepam, baru-baru ini.

    Menurut wakil polis Jakarta Barat, Endra Zulpan, Andrie telah mengambil ubat jenis tersebut sejak 2017 hingga 2018 dengan preskripsi doktor namun pada tahun 2020 dia mula membeli secara dalam talian.

    “Alasan yang diberikan adalah untuk berehat atau memudahkan tidur selepas terlibat dengan aktiviti seni.

    “Dia mengaku mengambil ubat tersebut sejak tahun 2020 hingga sekarang sebanyak 1,212 kali dan ia selari dengan penemuan kami di mana Andrie membuat pembelian secara dalam talian.

    “Kami menemui 45 butir ubat tersebut ketika Andrie ditahan di rumahnya,” jelas Endra seperti yang dipetik dari Kapan Lagi.

    Penangkapan dibuat selepas pihak polis menerima laporan berkaitan seorang pemuzik yang menggunakan ubat jenis tersebut secara terlarang.

    Ketika ditangkap, Andrie sedang berehat di rumahnya di daerah Jakarta Selatan.

    Ujian air kencing dilakukan selepas penangkapan berkenaan dan Andrie didapati positif dadah. – Agensi

    Andrie mengaku ambil ubat terlarang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...