Andy Lau kini sudah berusia 60 tahun?

Masa berlalu begitu pantas, siapa sangka aktor dan penyanyi kacak dari Hong Kong, Andy Lau telah memasuki usia 60 tahun pada 27 September baru-baru ini.

Andy turut mengadakan perjum-paan atas talian bersama peminat yang diadakan sehari sebelum hari jadinya dan berkongsi mini konsert rakaman dengan menyanyikan tiga buah lagu miliknya yang berjudul Forget Love Potion, The Moon Represents My Heart, dan yang terbaharu Till The End.

“Harus saya perlu bertanya adakah awda ingat lagu ini (Forget Love)? Saya telah menyanyikannya selama bertahun-tahun,” kata Andy

Aktor kacak ini turut bercakap mengenai masa yang berlalu begitu cepat baginya sejak kebelakangan ini.

“Masa benar-benar (pantas) berlalu. Pada tahun lalu hari ini, saya menyediakan siaran langsung untuk awda semua, tapi ia rasanya seperti baru dua tiga hari yang lalu,” tambahnya

Beliau yang baharu sahaja selesai jalani kuarantin kali ketiga di Ghuangzou dan Beijing menceritakan bahawa beliau tidak melakukan sebarang aktiviti sewaktu kuarantin dan menceritakan bahawa jika beliau jalani kuarantin pada sebelum ini, beliau akan menghafal skrip dan melakukan senaman.

“Kali ini, selama 21 hari, saya tidak melakukan apa-apa. Sangat malas. Hanya tidur dan makan.

“Saya mahu menjadi gemuk tetapi tidak berjaya menambah berat badan,” tambah Andy.

Andy mengakhiri videonya dengan harapan yang besar bahawa pandemik ini bakal berakhir agar beliau dapat bertemu peminatnya secara bersemuka pada ulang tahunnya yang seterusnya. – Agensi

Pada 27 September lalu, umur Andy Lau telah memasuki 60 tahun. – Agensi