Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Andy Murray kesal insiden penembakan sekolah Texas

    LONDON, 31 MEI – Pemain tenis Britain, Andy Murray berkata, kejadian tembakan di sekolah Texas minggu lalu yang meragut nyawa 19 kanak-kanak dan dua orang guru menyebabkan dia marah dan sangat kecewa.

    Murray ialah seorang murid berusia lapan tahun di sebuah sekolah di Dunblane, Scotland pada 1996 apabila seorang lelaki bersenjata membunuh 16 kanak-kanak dan seorang guru dalam kejadian tembakan besar-besaran terburuk di Britain.

    Melihat kembali insiden pembunuhan beramai-ramai minggu lalu di Sekolah Rendah Robb di bandar Texas, Uvalde, bekas pemain nombor satu dunia itu memberitahu BBC: “Ia jelas sangat mengerikan.

    “Ia membuatkan awda marah dan ia amat menyedihkan ibu bapa,” kata lelaki berusia 35 tahun itu.

    Menjawab perdebatan di Amerika Syarikat mengenai kawalan senjata ekoran tembakan yang dilakukan oleh seorang lelaki berusia 18 tahun, Murray berkata “Pastinya pada peringkat ini awda seharusnya melakukan sesuatu yang berbeza mengenai undang-undang memiliki senjata api”.

    “Beberapa hari lalu saya mendengar di radio tentang seorang kanak-kanak yang menceritakan bagaimana dia terselamat daripada insiden tersebut.

    “Saya mengalami perkara yang sama semasa saya berada di Dunblane, ketika seorang guru keluar dan mengarahkan semua kanak-kanak di bawah meja dan menyuruh mereka pergi dan bersembunyi,” luah Murray. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...