Angelina Jolie buka akaun Instagram, ‘follower’ naik mendadak

Tidak pernah memiliki sebarang akaun media sosial, pelakon Angelina Jolie akhirnya terbuka hati untuk membuka akaun Instagram bagi berkongsi perkembangan terkini tentang dirinya.

Dalam perkongsian pertamanya itu, Angelina memuat naik penghormatan kepada wanita Afghanistan yang terpaksa berdepan konflik di negara berkenaan.

Angelina berkongsi foto surat bertulis tangan yang dikirimkan seorang remaja di Afghanistan.

“Saat ini masyarakat Afghanistan kehilangan kemampuan untuk berkomunikasi di media sosial dan mengekspresikan diri secara bebas,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian pertamanya itu menerima lebih satu juta tanda suka dan 70,000 komen daripada peminat.

Belum pun sehari akaun itu diwujudkan, ia sudah memiliki lebih lima juta pengikut.

Pada ruangan profil, Angelina menulis keterangan diri sebagai ibu, penerbit dan Duta Khas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian. – Agensi

Akhirnya pelakon terkenal Angelina Jolie membuka akaun Instagram. – Agensi