Nama pelakon Angelina Jolie terbongkar sebagai individu yang membuat laporan berhubung kes yang mendakwa bekas suaminya iaitu Brad Pitt melakukan keganasan ketika mereka berada di dalam sebuah kapal terbang pada tahun 2016.
Menurut laporan TMZ, sumber memberitahu dia melihat dokumen laporan yang telah dibuat dan tandatangan orang yang membuat laporan adalah Angelina.
Pelakon Mr & Mrs Smith itu sebelum ini memohon supaya namanya dirahsiakan ketika laporan dibuat.
Dalam kejadian yang berlaku, Angelina mendakwa Brad melakukan keganasan dengan menarik bahunya sehingga turut menyebabkan kecederaan di bahagian siku.
Brad juga dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat kerana berada dalam keadaan mabuk.
Brad bagaimanapun menafikan dakwaan dibuat dan siasatan terhadap kes tersebut tidak diteruskan atas beberapa faktor yang tidak disebut.
Angelina dan Brad berkahwin pada Ogos 2014 dan mereka berpisah pada September 2016.
Kes perceraian mereka berlanjutan selama hampir tiga tahun dan akhirnya selesai pada April 2019. – Agensi