Angelina tidak kesah Brad, Jennifer berpegangan tangan

Pertemuan semula pelakon Jennifer Aniston dengan bekas suaminya yang juga pelakon Brad Pitt di Anugerah SAG baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen teruja melihat pasangan itu berpegangan tangan dan ada segelintir mereka yang ingin mengetahui perasaan bekas isteri Brad iaitu Angelina mengenai perkara tersebut.

Menerusi laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Angelina tidak kisah dengan perkara itu memandangkan dia sudah mengetahui hubungan antara Brad dan Jennifer.

“Angelina tidak kisah mengenai pertemuan semula Jennifer dan Brad di SAG baru-baru ini. Dia sudah lama mengetahui mereka berdua hanya berkawan.

“Namun dia tidak mahu membiarkan isu tersebut memakan dirinya,” kata sumber. Brad pernah berkahwin dengan Jennifer namun bercerai dan kemudian berkahwin dengan Angelina.

Dia dan Angelina mendirikan rumah tangga pada 2014 selepas 10 tahun bercinta dan bercerai pada September 2016. – Agensi

Angelina tidak kisah mengenai pertemuan semula Jennifer dan Brad di SAG dan sudah maklum mereka hanya berkawan. – Agensi