Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Meskipun jarang bersua bersama namun nilai persahabatan itu tetap dirasai seiring berjalannya waktu, begitulah semangat silaturahim yang tetap dijalin oleh seramai 73 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pengambilan ke-116 telah mengadakan Majlis Pertemuan Semula di Chartered Eagle Cafe, Pantai Mentiri Golf Club, baru-baru ini.
Majlis pertemuan semula buat kali ke-21 itu merupakan kegiatan tahunan yang begitu ditunggu-tunggu untuk mengimbau kembali kenangan bersama semasa menjalani latihan mahu pun kerjaya bersama pada masa lalu.
Majlis berkenaan juga diselajurkan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah untuk rakan-rakan seperjuangan yang telah kembali ke rahmatullah.
Di samping itu, detik perkumpulan itu juga bertujuan untuk sama-sama memanfaatkan masa terluang, mengeratkan persaudaraan dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta bertukar-tukar pandangan ke arah perkembangan diri yang lebih baik.
