Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota APMM ikhlas bertugas jaga perairan

    KUALA TERENGGANU, 28 Jun – Tanggungjawab menjaga perairan negara tidak hanya tertumpu pada hari tertentu tetapi perlu berlangsung selama 24 jam tanpa mengira apa juga hari perayaan.

    Tanpa mengira hasrat untuk bersama keluarga, anggota keselamatan terus setia menjalankan tugas  apabila diperlukan dan kini meskipun 1 Syawal telah beberapa hari berlalu, ada antara mereka yang masih bertugas.

    Menerusi pengalaman bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini, pihak media berpeluang merasai apa yang dilalui mereka dan meredah ombak tika orang lain sibuk menziarahi sanak saudara.

    Anggota APMM Mohd Azlan Amat, 24, berkata tekadnya untuk memilih kerjaya itu telah memberinya  ‘lesen’ untuk bertugas tanpa mengira masa dan keadaan.

    Beliau yang berasal dari Sabah berkata perasaan hiba tetap ada kerana rakan-rakan akan bertakbir raya menyambut perayaan itu namun, ia tidak sedikitpun menjejaskan  keikhlasannya dalam bertugas.

    “Sebelum ini ramai rakan sekerja lain yang telah bertugas. Apabila tiba giliran kita, ikhlaskan hati dan ia jalan paling mudah untuk bertenang dan mengingati perkara lain selain fokus menjaga keselamatan negara.

    “Kehadiran rakan-rakan setugas juga sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan kepada keluarga yang jauh di seberang laut,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda