Anggota Blackpink cedera di bahagian kaki

Kumpulan Kpop popular Blackpink kini sedang giat melakukan persediaan dan latihan menjelang kemunculan semula mereka pada hujung Jun ini.

Menerusi laporan Allkpop, rata-rata peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk mendengar lagu baharu dan menyaksikan persembahan bertenaga kumpulan ini.

Namun, salah satu yang menarik perhatian peminat ialah mengenai pendedahan Jennie bahawa dia mengalami kecederaan pada bahagian kaki ketika bersenam di gimnasium.

“Saya sekarang sedang menjaga penjarakan sosial dan tiada sebarang jadual pekerjaan, jadi menjelang kepulangan ini saya pergi ke gim untuk bersenam.

“Tapi hari pertama di gim, kaki saya tersadung dan jatuh. Mujur tidak patah tulang tapi mengalami kecederaan di ligamen.

“Saya terpaksa memakai alat sokongan di bahagian kaki selama sebulan lebih. Sekarang ini dalam tempoh pemulihan,” katanya.

Sementara itu, agensi pengurusan YG Entertainment mengumumkan kemunculan semula Blackpink pada 26 Jun depan.

YG Entertainment juga melancarkan video promosi atau teaser membabitkan ahli kumpulan Blackpink iaitu Jisoo, Rose, Jennie, dan Lisa. – Agensi

Jennie Blackpink terpaksa memakai alat sokongan di bahagian kaki selama sebulan lebih. – Agensi