Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Anggota bomba selamatkan monyet terjerat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Seekor monyet yang terjerat pada pukat di atas sepohon pokok mata kucing di kawasan Kampung Lumapas telah berjaya diselamatkan oleh anggota bomba, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), setelah menerima panggilan pada pukul 9:21 malam, 27 Julai lalu, empat orang anggota dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh ABK 549 Roslan bin Haji Ahmad telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi menyelamatkan haiwan tersebut.

    Dalam kenyataannya, JBP menyarankan orang ramai agar memastikan binatang ternakan dalam keadaan terjaga dan terkawal bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

    JBP juga menyarankan orang ramai untuk memastikan pintu rumah dan jendela
    dalam keadaan tertutup jika tidak berada di rumah bagi mengelakkan binatang-binatang liar seperti anjing liar, ular dan buaya serta monyet memasuki rumah; dan jangan sesekali menghampiri atau berhasrat untuk mengancam binatang berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

    Anggota bomba cuba melepaskan monyet yang terjerat pada jaring di Kampung Lumapas. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...