Anggota keselamatan dibelasah teruk di HK

HONG KONG, 19 JAN – Beberapa pegawai polis dibelasah teruk oleh beberapa orang pembantah pro-demokrasi di Hong Kong hari ini tatkala keganasan semakin memuncak untuk menyeru kepada kebebasan demokratik yang lebih baik di dalam kerajaan tersebut.

Bantahan terus meletus selepas polis berkumpul untuk menyuraikan perhimpunan bantahan yang berlaku di kawasan komersial di kota itu, dengan para pembantah berkumpul dan berlindung di belakang payung sebagai alat pelindung.

Sekumpulan pegawai keselamatan telah melakukan rundingan semasa perhimpunan tersebut yang dicetuskan oleh pembantah yang menggunakan topeng wajah, yang kemudiannya melakukan kekerasan dengan memukul pegawai berkenaan menggunakan payung, seorang wartawan AFP yang berada di lokasi berkata.

Sekurang-kurangnya dua pegawai keselamatan mengalami kecederaan teruk. Polis perusuh kemudiannya bergelut untuk meleraikan perhimpunan berkenaan dengan menyemburkan gas pemedih mata kepada para pembantah. Anggota keselamatan turut menahan beberapa orang pembantah termasuk seorang pembantah yang turut mengalami kecederaan. – AFP

Polis perusuh ketika mengawal keadaan sebelum pembantah berhimpun mengadakan protes di Hong Kong, kelmarin. – AFP