Anggota polis dilempar bom petrol

LONDON, 11 SEPT – Lebih 40 bom petrol dilempar ke arah anggota polis di Londonderry, bandar kedua terbesar di Ireland Utara, demikian menurut polis lapor agensi berita Xinhua.

Kejadian yang berlaku di bandar berhampiran sempadan Republik Ireland itu, menyebabkan amaran keselamatan dikeluarkan di Creggan pada Isnin. Serangan dipercayai dilakukan kumpulan dikenali New IRA yang menyasarkan anggota polis, menurut Perkhidmatan Polis Ireland Utara. Pada Isnin sebutir bom ditemui di Creggan Heights selepas kira-kira 80 pegawai polis melancarkan operasi mencari ahli kumpulan itu. – Bernama