Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota Polis Diraja Brunei lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 9 Jan – Seorang anggota Polis Diraja Brunei berbangsa Iban bersama isteri dan dua orang anak perempuannya telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam Majlis Pengislaman yang berlangsung di Surau, Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Lorong 14 Panaga, di sini, hari ini.

    Lans Kopral Sanggam anak Anggat, 41, yang bertugas dengan Polis Simpanan A Kompeni Panaga telah memilih nama Islamnya sebagai Abdul Muizz Shah bin Abdullah Anggat.

    Sementara itu, isterinya Evelyn Sanah anak Ramba, 38, telah memilih nama Islamnya sebagai Nur Alyn Aleesa binti Abdullah Ramba, manakala dua orang anaknya, Aziela anak Sanggam, 19, yang masih menuntut di Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal Berakas, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Nur Syaza Zulaikha binti Abdul Muiz Shah dan Azierina anak Sanggam, 14, yang merupakan pelajar di Sekolah St Angela Seria, kini dikenali sebagai Nur Ariana Zahrina binti Abdul Muiz Shah.

    Hadir menyaksikan majlis pengislaman tersebut selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

    Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy (dua kiri) hadir selaku tetamu kehormat majlis.
    Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy (dua kiri) hadir selaku tetamu kehormat majlis.
    Lance Kopral Sanggam Anak Anggat, kini dikenali dengan nama Islamnya, Awang Abdul Muizz Shah bin Abdullah Anggat, bersama Isteri dan dua orang anaknya.
    Lance Kopral Sanggam Anak Anggat, kini dikenali dengan nama Islamnya, Awang Abdul Muizz Shah bin Abdullah Anggat, bersama Isteri dan dua orang anaknya.

    Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, SAC Mohd Irwan bin Haji Hambali, pengarah-pegarah dan timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan beserta ahli-ahli pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei.

    Awang Abdul Muizz Shah yang berasal dari Kampung Sumbiling Baru, Daerah Temburong yang telah berkhidmat dengan Polis Diraja Brunei selama 19 tahun, menyatakan rasa bersyukurnya kerana telah mendapat petunjuk untuk memilih agama yang suci iaitu agama Islam bersama-sama dengan ahli keluarganya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda