Anggota polis direjam hingga mati

LILONGWE, MALAWI, 9 OKT – Seorang polis direjam hingga mati semalam di Malawi ketika pertempuran di antara pembantah pro dan anti kerajaan sebelum mesyuarat awam pertama Presiden Peter Mutharika sejak pilihan raya, kata polis.

Beberapa siri bantahan berhubung pilihan raya pada Mei telah membelenggu Malawi sejak Mei dan Msundwe, kota kara di barat ibu negara, telah dijadikan sebagai tapak demonstrasi.

“Kami telah kehilangan seorang pegawai polis,” beritahu jurucakap polis James Kadadzera kepada AFP, menambah Superintenden Usumani Imedi telah direjam hingga mati dan “dibunuh oleh perusuh dan penjenayah pada pagi ini.”

Pembantah antikerajaan telah menyekat jalan raya utama di Msundwe untuk menghalang penyokong Parti Demokratik Progresif daripada menghadiri rapat pertama Mutharika di bandar sejak kemenangan beliau.

Seorang saksi memberitahu AFP polis menembak gas pemedih mata untuk meleraikan bantahan tetapi penunjuk perasaan ‘terus berkumpul semula dan mereka menyerang balas dengan batu.”

“Dalam kekecohan itu, mereka mengepung seorang polis dan merejamnya hingga mati,” kata Ulemu Phiri, yang menyaksikan kejadian tersebut. – AFP