Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota polis terkorban semasa ditugaskan melindungi pekerja polio

    PAKISTAN, 25 Sept – Seorang kakitangan kerajaan Pakistan berkata seorang lelaki bersenjata telah melepaskan tembakan dan membunuh seorang anggota polis yang ditugaskan melindungi para pekerja polio di kawasan barat laut negara itu.

    Pembunuhan itu hadir di tengah-tengah kempen seluruh negara bagi memberikan vaksin kepada 38.6 juta kanak-kanak Pakistan di bawah umur lima tahun.

    Pegawai itu, Anwarul Haq, menambah bahawa beberapa orang suspek telah ditahan susulan pembunuhan anggota polis bernama Mohammad Sarfraz itu. Serangan terjadi di kampung Badan, Bajur, bersempadan dengan Afghanistan.

    Pakistan merupakan antara sejumlah kecil negara di mana polio masih kerap ditemui, bersama dengan Afghanistan dan Nigeria.

    Serangan ke atas para pekerja polio adalah sesuatu yang kerap berlaku kerana Taliban dan kumpulan militan mendakwa kempen vaksinasi itu bagi menangani penyakit itu adalah sebahagian daripada konspirasi Barat.

    Setakat ini tiada kumpulan militan mengaku bertanggungjawab bagi serangan terbaharu itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda