Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Anggota PPDB pilih Islam sebagai pegangan hidup

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Seorang anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini telah memilih Islam sebagai pegangan baharu hidupnya pada majlis pengislamannya yang berlangsung di Surau Polis Gadong.

    Menurut kenyataan PPDB, Lance Koperal 6174 Rudyman anak Thomas telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai petugas Pusat Dakwah Islamiah dengan memilih nama Islamnya Mohammad Mirza Luqman bin Abdullah Thomas.

    Majlis anjuran PPDB melalui Badan Ugama Islam (BUI) PPDB itu dihadiri oleh Pengarah Pentadbiran Am dan Kewangan PPDB, Awang Mohammad Zulhilmi bin Haji Omarali selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Bahagian Pengembangan Dakwah, PDI, Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidop.

    Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh tetamu kehormat dan diraikan dengan Dikir Marhaban sebelum ditutup dengan bacaan Doa Selamat.

    Majlis turut dihadiripara pegawai PPDB dan PDI serta ahli keluarga saudara baharu yang diraikan.

    Mohammad Mirza Luqman semasa melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai petugas Pusat Dakwah Islamiah pada majlis yang berlangsung di Surau Polis Gadong, kelmarin.
    Antara yang hadir memeriahkan majlis pengislaman tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -