Monday, May 29, 2023
24.3 C
Brunei

    -

    Anggota RPD TDDB lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Seorang anggota Rejimen Pengawal Diraja, Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman di kediamannya di Kampung Lamunin, Tutong, baru-baru ini.

    Soldadu Najziem bin Juani memilih nama Islamnya sebagai Muhammad ‘Adzim bin Juani dan merupakan anggota pertama yang memeluk Islam sejak RPD TDDB ditubuhkan pada 2022.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Turut hadir ialah pemerintah dan timbalan pemerintah TDDB, pemangku pegawai Daerah Tutong, Pengarah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), pegawai dan anggota ABDB serta ahli keluarga.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mu’minun ayat 1 hingga 11 oleh Soldadu Awangku Zahwan bin Pengiran Mohammad dari RPD TDDB dan diteruskan dengan lafaz syahadah dan ikrar pengislaman Soldadu Najziem dengan dipimpin oleh pegawai agama dari PDI. Majlis disusuli dengan laungan Dikir Marhaban, taburan bunga rampai dan penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh Pemerintah ABDB serta para jemputan yang hadir sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Minatnya terhadap agama Islam semakin meningkat setelah mempelajari dan mendalami pendidikan Islam yang mana boleh menjadi sumber inspirasi bagi menyebarkan lagi syiar dakwah agama Islam dalam kalangan warga ABDB.

    Saudara baharu menerima cenderahati sempena majlis pengislamannya. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -