Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Anggota WJSN Korea terlibat kemalangan

    Dua anggota kumpulan WJSN iaitu Exy dan SeoLA terlibat dalam kemalangan kereta semasa mereka dalam perjalanan menuju ke lokasi sebuah acara persembahan. Kereta dinaiki mereka terbabas pada 31 Ogos lalu.

    Walau bagaimanapun, Exy dan SeoLA beserta pengurus tidak mengalami cedera parah. Mereka segera dibawa ke bilik kecemasan untuk diagnosis dan rawatan. Selepas pemeriksaan rapi, kedua-dua anggota didapati tidak mengalami patah tulang namun memerlukan rawatan tambahan dan masa untuk berehat akibat sakit otot dan lebam.

    Selaras dengan nasihat dan arahan kakitangan perubatan, pihak pengurus WJSN, Starship Entertainment akan mengutamakan kesihatan Exy dan SeoLA serta melakukan yang terbaik untuk memberi tumpuan kepada kestabilan dan pemulihan mereka bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan. – Agensi

    Exy dan SeoLA terlibat dalam kemalangan kereta semasa dalam perjalanan ke tempat penggambaran mereka pada 31 Ogos lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...