MOSCOW, 7 OKT – Polis negeri Victoria, Australia sedang menyiasat satu lagi kes jarum ditemui dalam buah-buahan, kali ini buah anggur, lapor agensi berita Sputnik.
“Polis dimaklumkan jarum itu ditemui dalam anggur yang dibeli dari sebuah kedai di Caroline Springs (di pinggir bandar Melbourne) pada 6 Oktober,” kata kenyataan Polis Victoria sebagaimana dipetik TVNZ pada Isnin. – Bernama


































