WELLINGTON, 21 JULAI – Angin kencang yang mencetuskan ombak besar di pantai timur New Zealand hari ini, telah menerbangkan bumbung sebuah bangunan dan menghentikan operasi di lapangan terbang dan pelabuhan.
Angin 80kmsj memaksa penerbangan masuk dan keluar dari Wellington dibatalkan, kerana keadaan menyebabkan pengendali bagasi tidak selamat untuk beroperasi. Pelayaran feri antara pulau utara dan selatan digantung apabila MetService New Zealand merekodkan gelombang besar 10 meter di pelabuhan Wellington.
Cuaca buruk menjejaskan jalan raya, menyebabkan banjir serta bekalan elektrik terputus, dan angin kencang menerbangkan bumbung sebuah kafe di Lower Hutt. – AFP