Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Angin kencang, hujan lebat jejaskan bekalan elektrik di Miri

    KUCHING, 13 JULAI – Pelanggan di beberapa kawasan sekitar Miri, termasuk Bakam, Bekenu, Beraya, Kuala Baram, Luak Bay, Lutong, Niah, Permy, Piasau, Pujut, Riam, Sg. Rait dan Tukau mengalami gangguan bekalan elektrik yang berlarutan susulan kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda bahagian itu Sabtu lepas hingga semalam.

    Sarawak Energy Bhd (SEB) dalam kenyataan hari ini berkata kemudahan elektrik, termasuk overhead lines, mengalami kerosakan disebabkan angin kencang dan pokok tumbang. Menurutnya pihak SEB dengan pantas melaksanakan kerja-kerja pembaikan bagi memulihkan bekalan secara berperingkat.

    “Bagaimanapun kerja-kerja pemulihan terhalang di beberapa kawasan akibat keadaan cuaca buruk yang berterusan. Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terpaksa membantu membersihkan pokok tumbang terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik dapat diteruskan dengan selamat.

    “Bekalan telah dipulihkan menerusi sumber alternatif semasa kerja-kerja pembaikan dijalankan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...