Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angin kencang terbangkan atap zink sebuah rumah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Kejadian angin kencang telah menerbangkan 30 keping atap jenis zink sebuah rumah di kawasan Kampung Tamoi Hujung, Mukim Tamoi pada 10 Disember lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di sini, lima orang anggota dan sebuah perahu dari Balai Bomba Pelancaran yang diketuai oleh ABK 536 Haji Asri bin Haji Apong dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 7:57 malam.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak memasang satu kanvas sehingga selesai. Dalam kejadian berkenaan, tidak ada kece-deraan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

    JBP menyarankan orang ramai supaya sentiasa mengikut perkembangan, nasihat dan amaran mengenai maklumat keadaan cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam (BDMD) melalui siaran RTB atau melayari laman sesawang jabatan tersebut dan mengikuti laman sosial Facebook atau Instagram serta menggunakan aplikasi mudah alih, Brunei WX.

    Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh BDMD serta mengambil langkah-langkah awal atau perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak memasang kanvas di sebuah rumah yang terjejas akibat angin kencang di kawasan Kampung Tamoi. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda