Angin ribut, salji tebal melanda Austria

VIENNA, 5 Jan – Austria dilanda angin ribut dan salji tebal kelmarin, mencetuskan pelbagai masalah lalu lintas dan menyebabkan banyak kerosakan, lapor media tempatan.

Vienna dilanda angin kencang sehingga 90 km/j, dengan anggota pasukan bomba perlu memberi respons kepada kebanyakan panggilan yang diterima berikutan dengan kejadian tersebut.

Amaran cuaca telah dikeluarkan pada waktu pagi, dengan keadaan yang bahaya seperti pokok-pokok yang menghempap tanah disebabkan dengan keadaan tersebut.

Sebahagian daripada kawasan atas Austria dilanda salji tebal, beberapa jalan raya perlu ditutup, dan beberapa kenderaan berat terperangkap.

Sementara itu, landasan kereta api di bahagian Franz-Josefs-Bahn di negeri Lower Austria juga terpaksa ditutup untuk beberapa waktu kerana dahan pokok telah menghempap trek dan talian kuasa. Laluan tertentu terhad bagi bahagian-bahagian waktu pagi disebabkan para anggota berusaha bagi menanganinya.

Pusat Institut Meteorologi dan Geodynamics (ZAMG) berkata ia tidak menjangka keadaan itu akan berkurangan sehingga petang. – Xinhua