Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Angka jangkitan COVID-19 cecah 200

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Negara Brunei Darussalam hari ini mencatatkan 200 kes baharu jangkitan COVID-19 dan menunjukkan peningkatan berbanding kelmarin sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada 16,891 orang.

    Daripada jumlah kes baharu tersebut, 194 adalah kes tempatan dan enam lagi adalah kes import.

    Perkara berkenaan dijelaskan oleh Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 4,424 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiada kes berada dalam kategori 4 dan dalam kategori 5.

    Manakala 36 kes pula telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 16,029 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 760 kes.

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 12.6 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.8 peratus manakala itu, 94 peratus telah menerima dua dos dan 41 peratus sudah menerima tiga dos.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...