Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Angka kematian akibat koronavirus bertambah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Tiga disahkan positif COVID telah meninggal dunia dalam masa 24 jam lalu.

    Kematian terbaharu itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Menurutnya, satu kematian adalah disebabkan jangkitan COVID, satu lagi tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID dan punca kematian bagi satu lagi kes masih dalam siasatan.

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga Allahyarham.

    “Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para salehin. Al-Fatihah.”

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...