MOSCOW, 18 APRIL – Angka kematian akibat banjir yang melanda wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan meningkat kepada 443 manakala 63 lagi masih hilang, kata perdana menteri wilayah itu Sihle Zikalala pada Ahad.
Banjir berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan itu sejak Isnin lalu, lapor Xinhua.
Kemudahan jalan raya dan infrastruktur di wilayah itu turut musnah atau ditenggelami air.
Menurut media tempatan, lebih 500 sekolah ditutup dan sekitar 100 bangunan sekolah rosak akibat banjir. – Bernama